Friday, 21 November 2014

DAY 4

Alhamdulillah.. hari ni hari keempat. Nervous sket arini. Kenapa .....?
Otai2 Atkins cakap, sepatutnya hari ni pembakaran lemak badan dah bermula, sebab selepas 2hari, gula yang tersimpan di dlm badan kita habis dibakar untuk tenaga. Jadi bila tiada sugar dan carb intake, gula akan mula mencari lemak2 badan kita untuk dibakar menjadi tenaga. Di sinilah bermulanya proses kurus!!!

Proses ini juga dinamakan ketosis. Nanti saya kongsikan maklumat lanjut tentang ketosis ni dan apa tanda2 seseorang sudah mula melalui ketosis.
HARAPNYA hari ini proses ketosis bermulalah untuk diriku :)

OK!! Menu hari ini:
(Jgn jemu lak ye..sy kongsikan je dan ini juga sbg catatan utk saya..hehe)

Sarapan:  Omelette(letak ciliapi,bwg, cream cheese- sket2)
              Beberapa hirisan nipis2 timun- stgh biji
Komen:     Sedap. Mungkin hari ke 4 ni badan dah mula   
menikmati menu2 Atkins ni..so... sekejap je dah abiskan semua yang didalam pinggan. Ni dia... taraaaa...


Lunch:  Tomyam putih (letak ayam dan sayuran)
Komen: Sedap giler.  Puas makan, Kenyang kerana makan sup dia banyak.

Dinner:  Tomyam putih lagi..... :D

No comments:

Post a Comment