Thursday, 13 November 2014

DAY 3

Hi.. Assalamualaikum..
Hari ni saya masuk hari ketiga berdiet Atkins..
Dugaan saya hari ini ialah kawan2 baik saya mengadakan jamuan di rumahnya sempena hari lahirnya.
Takkan saya tak nak meraikan kawan saya, betul tak.. Aduih.. sedap2 makanan yang dihidang. Semuanya saya tak boleh makan.
Tapi takpe, nak kurus tak? nak kurus tak? :D

Ok,  Inilah menu saya hari ini:

Sarapan:  Telur rebus - 2 biji
              Cheddar cheese - 1 keping
Komen:   Bosan jugak la.. hari2 telur.. tapi saya belum pegi shopping untuk menu2 yang menarik.

Lunch:    Sandwich Tuna Atkins Style ( nanti saya kongsikan resepinya.. senang je sebenarnya!! )
              Timun kecil - 2 biji
Komen:   Best!!  Rasa macam sandwich tuna yang biasa.. yummy!!


Sandwich Tuna Atkins Style

Dinner:   Ikan Tenggiri goreng - 2 potong
              letak setengah biji bawang merah dan 2 biji cili api dihiris
Komen:  Sedap sangat sebab first time dalam 3 hari ni makan ikan dan pedas2 sket.
             Alhamdulillah....

Sebenarnya diet atkins ni tak susah.. senang je.  Cuma kita kena kreatif sikit dalam mempelbagaikan cara hidangan.. apa pun saya di tahap ini pun masih baru dan masih banyak nak belajar.. cuma saya kongsikan di sini, moga2 ada yang boleh dapat semangat untuk mulakan tindakan mengurangkan berat badan.

Target saya ialah 65kg.
Hari ini belum timbang, memang tak mau timbang.
InsyaAllah hari ke 8 saya akan timbang.
Sabar ye... hehe...

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL


Olivie - Minyak Zaitun Dara (Extra Virgin Olive Oil )
Saya mengamalkan meminum sesudu minyak zaitun di awal pagi untuk kesihatan badan, selepas saya mendengar seorang ustaz menasihatkan begitu di dalam salah satu ceramah yang saya dengar. Amalan itu telah bertahun saya buat dan dapat merasakan perbezaan pada diri saya.. terutama pada kulit.
Tiga bulan lepas apabila seorang kawan mengesyorkan Olivie iaitu minyak zaitun dara saya tidak teragak-agak menukar jenama.  Kenapa?  Kerana ini adalah minyak zaitun dara yang fresh dari Morocco. Kesannya begitu ketara, dalam setiap aspek. Hmmm.. google sendiri khasiat minyak zaitun ni.. terutamanya minyak zaitun dara ini..
Ni saya kongsikan antara khasiatnya:

Sesuai untuk yang bermasalah:

✔ SEMBELIT
✔ SENGGUGUT
✔ MASALAH KULIT KERING 
✔ KITARAN HAID TIDAK MENENTU
✔ SAKIT SENDI DAN LUTUT
✔ KOLESTEROL TINGGI
✔ OBESITI
✔ MASALAH USUS DAN PENGHADAMAN

Tahukah anda EXTRA VIRGIN OLIVE OIL mempunyai segala khasiat yang anda perlukan!! 30 kali kandungan antioksidan daripada minyak zaitun biasa!!

100% TERBUKTI!!!

✔ MERENDAHKAN TAHAP KOLESTEROL JAHAT
✔ MENGURANGKAN RISIKO KANSER
✔ MELANCARKAN PEMBUANGAN TOKSIN
✔ MENINGKATKAN KADAR METABOLISMA BADAN
✔ MENGATASI MASALAH SEMBELIT DAN SENGGUGUT
✔ MENGHINDARI PENYAKIT KARDIOVASKULAR
✔ MENYEMBUHKAN EKZEMA KULIT
✔ MENGELAK PEMBENTUKAN GALLSTONE (BATU HEMPEDU)
✔ MENGURANGKAN SAKIT SENDI
✔ MENGUATKAN SISTEM IMMUNE BADAN
✔ KULIT SIHAT DAN NAMPAK LEBIH MUDA

HANYA SESUDU DUA KALI SEHARI! KHASIAT YANG BEGITU BANYAK TERKANDUNG HANYA DALAM SATU SUDU!!


Macamana? Cubalah.. tak perlu makan produk2 kecantikan kulit yang belum tentu keasliannya malah mungkin terdapat kesan sampingan.. Yang ini bahan asli. Tiada produk tambahan, apatah lagi bahan kimia.

Jika berminat, boleh hubungi suppliernya.

MEMANTAU TEKANAN DARAH SENDIRI DI RUMAH





Mudahnya memantau tekanan darah anda sendiri di rumah.  Setiap rumah sekarang ini wajar memiliki satu set, sekurang2nya bila rasa pening kepala atau tak sedap badan, boleh terus periksa tekanan darah sendiri.. bila ternyata tinggi barulah ke klinik atau hospital.  Kalau sebelum ini pening kepala sikit2 tentulah kita malas nak ke klinik utk cek kan, jadi sekarang boleh pantau kesihatan sendiri tanpa perlu ke klinik.

Maklumat atau ciri2 alat pengukur tekanan darah ini:

Intelligent automatic compression and decompression

Measures systolic, diastolic and pulse simultaneously
Storage: 60 grouped data
Reads single or all measures
3 minutes automatic power saving device
Intelligent device debugging
Wrist circumference: 135-195 mm
Large-scale digital liquid crystal display screen


Package Includes:

1x Digital Wrist Blood Pressure Monitor & Heart Beat Meter
1x Manual Guide





Harga OFFER hanya RM100 (harga biasa RM145)
Tawaran terhad selagi stok masih ada.
Rugi kalau tak grab dengan harga murah ni.. 

Bagaimana untuk order?
SMS/whatsapp ke 0122804058

SEKARANG!!


Royal Sweetener Pemanis Asli







Penting untuk kurus, kita tinggalkan gula.  Badan kita akan bekerja mencari gula terlebih dahulu untuk dibakar menjadi tenaga, kemudian baru bakar karbohidrat. Bila gula dan karbohidrat ini telah habis, badan akan mengesannya.  Apa yang akan badan kita buat?  Lemak2 tersimpan dalam badan kita akan mula dibakar untuk tenaga!!  Barulah boleh kurus!!

Memulakan diet atkins, saya pun mula menggunakan pemanis asli Royal Sweetener ini.  Sekurang-kurangnya ada sedikit manisan dalam menu saya, dan selamat untuk diet saya. By the way, sweetener ini boleh juga digunakan untuk mereka yang diabetik dan mereka yang tidak boleh mengambil gula tebu di dalam diet seharian mereka.

Atau, simply because you wanna start a healthy life, without sugar. So this will be the best substitute.
No calories, No Fat, No Carb.

Order 1 untuk diri anda hari ini..

Text/ whatsapp saya di 0122804058..

sebotol hanya RM50 termasuk pos.
Jika anda beli dua botol, hanya RM80 termasuk pos.


Day 2

13 November, 2014

Hari ini menu sama macam semalam.. cuma ubah sikit2

Sarapan:  Cheese sekeping
              Air suam
Komen:  Sedap sebab cheese.. Lagipun sebenarnya saya tertidur dan bila sedar dah pukul 9.30 pagi.                  Telur dah habis, sebab sepatutnya saya pergi beli tapi saya tidur. Tapi takpe, alhamdulillah.
             Lepas sarapan, saya bersiap untuk ke kedai.. beli telur!!!

Lunch:   Ayam tumis kari
             Sup sawi
Komen:  Ayam tu saya masak macam nak masak kari.. Tumis dan masukkan ayam. Bila dah masak ayam tu, saya keluarkan dua ketul untuk saya.  Kemudian saya masukkan kentang dan santan, agar hasilnya nanti menjadi kari ayam yang sedap untuk anak saya.

Dinner:   Telur rebus 2 biji makan dengan mayonis Kewpie
              Ayam seketul
              Sup sawi
Komen:   Makan aje lah jangan banyak cakap.  Seusai isyak, saya buka laptop dan pergi online khas untuk cari menu yang sesuai untuk diet atkins ni.  Hmmm.. ok juga hasilnya.. Nanti esok2 saya kongsikan bila saya masak ya..

Kesimpulannya.. hari kedua saya agak lesu dan letih.  Rasa macam nak tidur je.  Dan banyak kali juga rasa lapar, jadi saya snack dengan cheddar cheese dan timun pendek.. hehe Alhamdulillah

Hari pertama berdiet Atkins

12 November 2014

Hari pertama

Menu sarapan pagi:  Telur 2 biji ( dadar )
Komen:  Kembang juga tekak makan telur dadar gitu je.  Selalu kan makan dengan nasi atau roti.

Lunch:  Sup Sayur
            Ayam goreng kunyit 2 ketul
Komen:  Sedap juga, tapi memang macam tak puas makan.. hehe.. tak kenyang le tuuu...

Dinner:  Sup Sayur
             Ayam goreng kunyit 2 ketul
Komen:  Sedap juga.  tapi dalam hati dok terfikir2 untuk cari menu yang menarik sikit.

Pass.  With snacks in between:  Cheddar cheese, timur pendek dan air suam bergelen2

Alhamdulillah..

Kenapa Saya Nak Kurus

11 hb November 2014

       Hari Lahir saya yang ke 47. Syukur Alhamdulillah, saya bangun pagi sebelum azan Subuh. Masih saya ingat, saya sempat mengucapkan syukur kerana Allah masih memanjangkan usia saya sehingga saya bertemu dengan umur 47 tahun.  Lalu saya berazam untuk menjadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam hidup saya.  Maka saya bingkas bangun, terus ke bilik air untuk membersihkan diri.
       Saya ke masjid untuk solat subuh pagi itu.  Bukan tak biasa ke masjid untuk solat subuh, tapi biasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja saya subuh di masjid.  Tapi sempena harilahir saya, saya subuh di masjid pada hari selasa.  Alhamdulillah.
       Dalam perjalanan balik ke rumah, saya mula berfikir.  Hari ini nak mulakan Diet Atkins.  Sebulan lebih dah dapat menu diet atkins dan berada di group FB Atkins Malaysia.  Sebelum ini, macam2 hal dan menu yang nak dimasak hinggakan asyik tertangguh niat nak mulakan diet.  Opsss silap.  Bukan niat nak mulakan diet.  Niat nak mulakan diet Atkins.
       Bercakap tentang diet.  Sejak 10 tahun lepas, semua kaedah saya dah cuba buat.  Makan duromin, makan fat burner, makan jamu, makan slimming pills, minum herbalife, pergi gym, pergi slimming center dan macam2 lagi lah ikhtiar.  Tapi semua tak berjaya.  Kalau berjaya pun, tak kekal lama.  Hinggalah anak sulung saya bercerita tentang hebatnya diet atkins.  Saya pun teruja nak cuba.  Sebabnya?  Sebab nak kuruslahhhh.......!!
       Kenapa pulak saya nak kurus?

  1.        Hari tu saya pergi hospital sebab sakit kaki, sakit belakang yang kronik.  Doktor suruh turunkan berat badan.. Badan berat sampai lutut pun dah tak sanggup nak tampung!!
  2.        Saya dah mula mengambil pil untuk kurangkan kolesterol.. sebab haritu buat test darah kolesterol 6.4;;; so i guess, it is about time for me to control my diet and be healthy.
  3.        Dah tak banyak baju nak pakai.... 
  4.        Nak mudah bergerak, solat dan kalau ada rezeki ke umrah, alangkah baiknya kalau saya dah kurus sikit untuk memudahkan saya beribadah nanti
  5.        Nak le jugak cantik mata memandang.... hehe
       Jadi itulah sebab saya nak kurus.  Lillahitaala dan semoga Allah swt menerima niat saya itu serta membantu saya dalam beratkins ini...