Hari ni saya masuk hari ketiga berdiet Atkins..
Dugaan saya hari ini ialah kawan2 baik saya mengadakan jamuan di rumahnya sempena hari lahirnya.
Takkan saya tak nak meraikan kawan saya, betul tak.. Aduih.. sedap2 makanan yang dihidang. Semuanya saya tak boleh makan.
Tapi takpe, nak kurus tak? nak kurus tak? :D
Ok, Inilah menu saya hari ini:
Sarapan: Telur rebus - 2 biji
Cheddar cheese - 1 keping
Komen: Bosan jugak la.. hari2 telur.. tapi saya belum pegi shopping untuk menu2 yang menarik.
Lunch: Sandwich Tuna Atkins Style ( nanti saya kongsikan resepinya.. senang je sebenarnya!! )
Timun kecil - 2 biji
Komen: Best!! Rasa macam sandwich tuna yang biasa.. yummy!!
![]() |
Sandwich Tuna Atkins Style |
Dinner: Ikan Tenggiri goreng - 2 potong
letak setengah biji bawang merah dan 2 biji cili api dihiris
Komen: Sedap sangat sebab first time dalam 3 hari ni makan ikan dan pedas2 sket.
Alhamdulillah....
Sebenarnya diet atkins ni tak susah.. senang je. Cuma kita kena kreatif sikit dalam mempelbagaikan cara hidangan.. apa pun saya di tahap ini pun masih baru dan masih banyak nak belajar.. cuma saya kongsikan di sini, moga2 ada yang boleh dapat semangat untuk mulakan tindakan mengurangkan berat badan.
Target saya ialah 65kg.
Hari ini belum timbang, memang tak mau timbang.
InsyaAllah hari ke 8 saya akan timbang.
Sabar ye... hehe...
No comments:
Post a Comment