Thursday, 13 November 2014

Kenapa Saya Nak Kurus

11 hb November 2014

       Hari Lahir saya yang ke 47. Syukur Alhamdulillah, saya bangun pagi sebelum azan Subuh. Masih saya ingat, saya sempat mengucapkan syukur kerana Allah masih memanjangkan usia saya sehingga saya bertemu dengan umur 47 tahun.  Lalu saya berazam untuk menjadikan tahun ini tahun yang terbaik dalam hidup saya.  Maka saya bingkas bangun, terus ke bilik air untuk membersihkan diri.
       Saya ke masjid untuk solat subuh pagi itu.  Bukan tak biasa ke masjid untuk solat subuh, tapi biasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja saya subuh di masjid.  Tapi sempena harilahir saya, saya subuh di masjid pada hari selasa.  Alhamdulillah.
       Dalam perjalanan balik ke rumah, saya mula berfikir.  Hari ini nak mulakan Diet Atkins.  Sebulan lebih dah dapat menu diet atkins dan berada di group FB Atkins Malaysia.  Sebelum ini, macam2 hal dan menu yang nak dimasak hinggakan asyik tertangguh niat nak mulakan diet.  Opsss silap.  Bukan niat nak mulakan diet.  Niat nak mulakan diet Atkins.
       Bercakap tentang diet.  Sejak 10 tahun lepas, semua kaedah saya dah cuba buat.  Makan duromin, makan fat burner, makan jamu, makan slimming pills, minum herbalife, pergi gym, pergi slimming center dan macam2 lagi lah ikhtiar.  Tapi semua tak berjaya.  Kalau berjaya pun, tak kekal lama.  Hinggalah anak sulung saya bercerita tentang hebatnya diet atkins.  Saya pun teruja nak cuba.  Sebabnya?  Sebab nak kuruslahhhh.......!!
       Kenapa pulak saya nak kurus?

  1.        Hari tu saya pergi hospital sebab sakit kaki, sakit belakang yang kronik.  Doktor suruh turunkan berat badan.. Badan berat sampai lutut pun dah tak sanggup nak tampung!!
  2.        Saya dah mula mengambil pil untuk kurangkan kolesterol.. sebab haritu buat test darah kolesterol 6.4;;; so i guess, it is about time for me to control my diet and be healthy.
  3.        Dah tak banyak baju nak pakai.... 
  4.        Nak mudah bergerak, solat dan kalau ada rezeki ke umrah, alangkah baiknya kalau saya dah kurus sikit untuk memudahkan saya beribadah nanti
  5.        Nak le jugak cantik mata memandang.... hehe
       Jadi itulah sebab saya nak kurus.  Lillahitaala dan semoga Allah swt menerima niat saya itu serta membantu saya dalam beratkins ini...






No comments:

Post a Comment