Monday, 24 November 2014

DAY 13

Alhamdulillah, hampir 2 minggu menjalani diet Atkins, saya merasakan diri saya semakin cergas, kurang mengantuk di waktu2 yang tidak sepatutnya dan yang paling penting... saya berjaya menguasai diri saya.  Kalau dulu pantang tengok makanan je, mesti nak makan.  Sekarang, alhamdulillah.. tak heran.
Sebenarnya hari ni tak banyak cerita saya tentang makan, sebab hari ni hari yang sibuk.  Pagi hingga pukul 2 ptg saya di LPPKN Kepala Batas, ada taklimat MamaCare.  Balik , solat Zuhur dan takde mood nak masak lebih2.  Ala kad je la. :D

Ini menu saya, agak bosan hehe, tapi Alhamdulillah:

Sarapan:  Telur tiga suku masak - 2 biji
Komen:  Tak lalu sebenarnya.  Sebab selalu makan dengan kicap skali :D

Lunch & Dinner:  Chicken chop atkins style
Komen: Saya memang suka menu ni, tapi entah kenapa harini kurang lalu makan.  Esok kena buat sup sawi lah.. dah kurang makan sayuran hijau tiga empat hari ni.

Oklah, cukup setakat itu, nak tulis pun tak de mood.  Entah lah kenapa.. jumpa lagi esok ye.. :D

Saturday, 22 November 2014

DAY 12

Alhamdulillah.  Hari ni hari Ahad, rasanya ramai yang outing dengan family, atau dah mula pergi holiday.. maklumlah cuti sekolah pun dah mula.  Saya masih tak boleh ke mana2, sebab anak saya yang bongsu masih belum habis SPM.  Lagi 2 paper.
Hari ni mood saya agak rajin.  Selepas dhuha, saya online dan merayau2 lagi untuk mencari resepi.  Terjumpalah resepi Cheese Cake & Choc Cake.  Terliur... jadi saya pun buat.. hajat nak buat cheese cake tapi cream cheese yang ada dlm fridge tak sampai 250gm sedangkan resepi perlukan sebanyak itu.  Jadi saya memutuskan untuk membuat Choc Cake.  Saya kongsikan resepinya di sini:

CHOC CHEESE CAKE KUKUS

Bahan2:
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar whipping krim
2 sudu besar minyak masak atau margerin yang telah dicairkan
1/4 sudu soda bikarb ( saya punya dah habis, jadi saya belasah letak baking powder)
6 paket Equal
secubit garam
1 keping cheddar cheese (saya letak cream cheese yang tinggal sikit2 kat fridge)

Cara2:
campurkan semua bahan2, pukul sampai sebati.
Bila dah sebati, letak cheese yang telah dicarik2kan.
Tuang adunan dalam bekas,
Kukus 20 minit. ( saya bakar, sbb malas keluarkan kukusan :D )

Untuk lebih banyak resepi Atkins, boleh pergi ke FB Menu Diet Atkins.

Sedap.  Walaupun takla sesedap kek biasa , tapi jadilah.. buat pelepas teringin.

Lepas tu, buatkan Chocolate Chip Cookies pulak untuk anak2.. Yelah kan, sian pulak takkan nak tengok je kek cekelat mak ni... Taraaaaa.. (haippp! yang nak diet Atkins jgn nak makan walaupun segigit!!)

Choc Chip Cookies yang harum .. terliur den...

Jom, tengok lak saya makan apa harini:

Sarapan:  Chicken chop baki gorengan malam tadi - panaskan dalam microwave je
Komen:  Sedap!!

Lunch:  Chicken chop baki gorengan malam tadi - panaskan dalam microwave je, tapi letak cheese.
Komen:  Sedap!! tapi dah macam nak muntah .. jemu pulak rasanya hehe



Dinner:  Sup sayur2an... 
Komen:  Sebenarnya inilah yang terbaik.  Kalau boleh hari2 makan sup pun tak pe.. cepat sikit turun.

Ok, jumpa lagi esok :D


DAY 11

Hari ke 11.

Pagi2 tadi saya berjalan kaki ke 7 eleven, sebab nak beli topup untuk internet.  Dah beli tu la yang saya boleh online update blog ni.. :D So, kira arini exercise jalan kaki, kira2 1 km je lah, pergi balik.  Okay lah, kan.. daripada exercise jari je hari2.

Disebabkan semalam anak saya pun bershepherd's pie, jadi hari ini saya suruh dia makan nasi.  Lauknya saya beli ikan bakar.  Ikan bakar pari (bersambal) dan kembung (tak bersambal - untuk saya le tu)
OK, jadi inilah menu untuk hari ini:

Sarapan:  Murtabak cheese
Komen:  Lebihan murtabak yang semalam ada dua keping.  Jadi saya panaskan dalam kuali.. letak cheese dan kapitkan dengan sekeping lagi murtabak.. Sedap , mcm makan burger tanpa roti.


Lunch:  Ikan kembong bakar
Komen:  Sedap la juga.  Tapi sebab tak boleh cicah.  Cicah tu ada kicap.  Air asam pulak, mesti dia ada bubuh gula sikit. Jadi tak berani makan.  Terliur tengok anak nyicah. Huhuhu.

Dinner:  Chicken chop Atkins
Komen:  Tak berapa lalu sebenarnya tapi makan la juga.Kalau tak karang lapar. Alhamdulillah, syukur kepa Allah atas rezekiNya.



DAY 10

Assalamualaikum semua... Hari Jumaat. Lepas je solat subuh, terus masuk ke dapur.  Nak siapkan Shepherd's Pie tempahan orang. Sambil2 masak tu, sarapan sekali.  Berpeluh-peluh la juga sebab nak mengejar masa.  Janji nak ambil pukul 10 pagi.  Yang buat lambat tu, nak kupas kentang.  Berkilo2.  Akhirnya pukul 9.30 pagi siap juga semuanya.  Alhamdulillah.

Shepherd's Pie - RM10 sahaja

Hehe. Jamu mata je la ye.. Yang tukang buatnya ni lagi kesian.. rasa setitik pun tak boleh tau...
Ok, menu hari ini:

Sarapan ; Cheese 1 keping
Komen:  Okay je.  Sebab sibuk memasak kan, jadi memang tak lapar, makan ambil syarat je.

Lunch & Dinner:  Murtabak Daging 
Komen:  Sedap dan kiranya ni menu baru setelah 10 hari.  Nama je murtabak tapi bahan2nya dibolehkan dalam Atkins.  Ni resepi:

Bahan2:
Daging kisar- agak2
Telur - 2 biji
Celery
Kobis
Cili - stgh biji kecil (tak boleh banyak2, cili tinggi kalori)
Garam dan pepper

 Cara- cara :  Pukul telur hingga kembang.  Masukkan daging kisar yang telah dicuci.  gaul rata.  Kemudian masukkan celery, kobis dan cili yang telah dicincang halus.  Tambah garam dan pepper.
Adunan telur ni sebaiknya tidak begitu pekat (macam pegedil) dan tidak begitu cair (macam nak buat telur dadar).  Panaskan minyak (sesudu) dan goreng mengikut saiz yang dikehendaki sampai habis adunan.  Lepas tu ngap. 

Menu ini yang paling saya suka.  Murtabak Atkins Style




DAY 9

Hari ini saya mula sibuk pagi2 lagi.  Beli barang untuk nak buat Shepherd's Pie orang order. Beli bahan-bahannya.  Lepas tu ada orang janji nak amek kucing (kucing baru beranak, jadi saya berikan kepada sesiapa yang nak bela..). Jadinya memang menu hari ini ringkas2 sajalah jawabnya.

Sarapan:  Telur rebus - 1 biji
Komen:   Sedap.  Dah tau dah komen ni, kan. hehe.

Lunch & Dinner:  Tomyam ayam campur sayur
Komen:  Sedap sangat.  Rasa badan mendapat bekalan air yang cukup.  Kalau ikut diet Atkins ni, intake air kena cukup, iaitu 1liter bagi setiap 25kg berat badan kita.  Jadi macam saya ni, dah tentu2 kena minum 3.5 liter air setiap hari.  Air ni penting kerana ia akan membantu proses pembuangan toksin dari badan.  Juga sebagai peneman setia di kala rasa lapar menjelma.  Maklumlah, sebelum ni kan makan tak berhenti... :D

Sorry, arini takde gambar....

DAY 8

Hari kelapan.  Hati teringin nak timbang berat, tapi takut2 juga. Manalah tau, tak turun2.  Tak ke frust. Hehe.  Hmm, akhirnya lepas mandi, lepas solat dhuha.. kuatkan hati.  Diri atas penimbang, suruh anak tengok berapa berat.  Subhanallah.  Macam tak percaya. Cer teka berapa?

76kg
Turun 8kg!! Dahsyat juga Atkins ni, fikir saya.  Sebab sebelum ni macam2 cuba.. yang jamu, yang shake, yang tea, yang sapu semuaaaaa tak ada yang beri hasil begini.  Alhamdulillah.  Akhirnya saya berjumpa juga dengan kaedah penurunan berat badan yang efektif untuk saya.

:D  Senyum sampai telinga.  Semangat!

Menu saya hari ini:

Sarapan: Telur rebus - 1 biji
Komen:  Suka.  Tapi sebiji saja, sebab macam dah muak.

Lunch & Dinner :   Chicken chop Atkins style
Komen:  Berselera saya makan sebab saya memang suka chicken chop.  Saya gunakan bahagian isi dada ayam, jadi tiada lemak (buang kulit).  Salut dengan telur.  Goreng. Letak mayonnaise Kewpie (japanese style), makan dengan salad.  Marvelous!!

Chicken chop Atkins style



DAY 7

Hari ketujuh saya agak lesu.  Sangat2 letih. Selera makan pun kurang. Jadi menu saya tiada apa yang menarik sangat.  Saya cuma banyakkan makan sup. Sup ayam campur sayur.

Sarapan -  Cheddar Cheese -1 keping
Komen:  Best tapi sebab tak lalu makan, rasa macam susahnya nak abiskan sekeping.
             Pengalaman baru ni, sebab sebelum mulakan Atkins, cheese tu sekali hadap 2,3 keping boleh              settle :D

Lunch & Dinner -  Sup ayam campur sayur
Komen:  Sedap. Kenyang dan rasa perut penuh.  So walaupun tak berapa banyak makan harini, saya tak rasa lapar.

Ni saya nak kongsi je.. untuk anak2 saya, saya buatkan pizza.. saje je sebab malas nak masak nasi.

 Terliur memanglah terliur.. tapi kena kuat semangat. Mesti jadi kurus dalam 60hari!!