![]() |
Shepherd's Pie - RM10 sahaja |
Hehe. Jamu mata je la ye.. Yang tukang buatnya ni lagi kesian.. rasa setitik pun tak boleh tau...
Ok, menu hari ini:
Sarapan ; Cheese 1 keping
Komen: Okay je. Sebab sibuk memasak kan, jadi memang tak lapar, makan ambil syarat je.
Lunch & Dinner: Murtabak Daging
Komen: Sedap dan kiranya ni menu baru setelah 10 hari. Nama je murtabak tapi bahan2nya dibolehkan dalam Atkins. Ni resepi:
Bahan2:
Daging kisar- agak2
Telur - 2 biji
Celery
Kobis
Cili - stgh biji kecil (tak boleh banyak2, cili tinggi kalori)
Garam dan pepper
Cara- cara : Pukul telur hingga kembang. Masukkan daging kisar yang telah dicuci. gaul rata. Kemudian masukkan celery, kobis dan cili yang telah dicincang halus. Tambah garam dan pepper.
Adunan telur ni sebaiknya tidak begitu pekat (macam pegedil) dan tidak begitu cair (macam nak buat telur dadar). Panaskan minyak (sesudu) dan goreng mengikut saiz yang dikehendaki sampai habis adunan. Lepas tu ngap.
![]() |
Menu ini yang paling saya suka. Murtabak Atkins Style |
No comments:
Post a Comment