Hari ini saya mula sibuk pagi2 lagi. Beli barang untuk nak buat Shepherd's Pie orang order. Beli bahan-bahannya. Lepas tu ada orang janji nak amek kucing (kucing baru beranak, jadi saya berikan kepada sesiapa yang nak bela..). Jadinya memang menu hari ini ringkas2 sajalah jawabnya.
Sarapan: Telur rebus - 1 biji
Komen: Sedap. Dah tau dah komen ni, kan. hehe.
Lunch & Dinner: Tomyam ayam campur sayur
Komen: Sedap sangat. Rasa badan mendapat bekalan air yang cukup. Kalau ikut diet Atkins ni, intake air kena cukup, iaitu 1liter bagi setiap 25kg berat badan kita. Jadi macam saya ni, dah tentu2 kena minum 3.5 liter air setiap hari. Air ni penting kerana ia akan membantu proses pembuangan toksin dari badan. Juga sebagai peneman setia di kala rasa lapar menjelma. Maklumlah, sebelum ni kan makan tak berhenti... :D
Sorry, arini takde gambar....
No comments:
Post a Comment