Saturday, 22 November 2014

DAY 12

Alhamdulillah.  Hari ni hari Ahad, rasanya ramai yang outing dengan family, atau dah mula pergi holiday.. maklumlah cuti sekolah pun dah mula.  Saya masih tak boleh ke mana2, sebab anak saya yang bongsu masih belum habis SPM.  Lagi 2 paper.
Hari ni mood saya agak rajin.  Selepas dhuha, saya online dan merayau2 lagi untuk mencari resepi.  Terjumpalah resepi Cheese Cake & Choc Cake.  Terliur... jadi saya pun buat.. hajat nak buat cheese cake tapi cream cheese yang ada dlm fridge tak sampai 250gm sedangkan resepi perlukan sebanyak itu.  Jadi saya memutuskan untuk membuat Choc Cake.  Saya kongsikan resepinya di sini:

CHOC CHEESE CAKE KUKUS

Bahan2:
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar whipping krim
2 sudu besar minyak masak atau margerin yang telah dicairkan
1/4 sudu soda bikarb ( saya punya dah habis, jadi saya belasah letak baking powder)
6 paket Equal
secubit garam
1 keping cheddar cheese (saya letak cream cheese yang tinggal sikit2 kat fridge)

Cara2:
campurkan semua bahan2, pukul sampai sebati.
Bila dah sebati, letak cheese yang telah dicarik2kan.
Tuang adunan dalam bekas,
Kukus 20 minit. ( saya bakar, sbb malas keluarkan kukusan :D )

Untuk lebih banyak resepi Atkins, boleh pergi ke FB Menu Diet Atkins.

Sedap.  Walaupun takla sesedap kek biasa , tapi jadilah.. buat pelepas teringin.

Lepas tu, buatkan Chocolate Chip Cookies pulak untuk anak2.. Yelah kan, sian pulak takkan nak tengok je kek cekelat mak ni... Taraaaaa.. (haippp! yang nak diet Atkins jgn nak makan walaupun segigit!!)

Choc Chip Cookies yang harum .. terliur den...

Jom, tengok lak saya makan apa harini:

Sarapan:  Chicken chop baki gorengan malam tadi - panaskan dalam microwave je
Komen:  Sedap!!

Lunch:  Chicken chop baki gorengan malam tadi - panaskan dalam microwave je, tapi letak cheese.
Komen:  Sedap!! tapi dah macam nak muntah .. jemu pulak rasanya hehe



Dinner:  Sup sayur2an... 
Komen:  Sebenarnya inilah yang terbaik.  Kalau boleh hari2 makan sup pun tak pe.. cepat sikit turun.

Ok, jumpa lagi esok :D


No comments:

Post a Comment